5 Cara Mudah Menghalau Serangga Tanpa Bahan Kimia

Bercakap tentang serangga, pasti anda sering terganggu dengan kehadiran dan gangguan mereka di rumah. Pasti serangga seperti nyamuk, lalat dan semut antara serangga yang sangat menggaggu. Untuk menghalau serangga, anda tidak lagi perlu menggunakan bahan kimia yang membahayakan. Dengan cara mudah ini sahaja, anda juga boleh menghalau serangga yang menceroboh rumah anda.

Pokok kemangi



Anda boleh gunakan pokok kemangi untuk menghalau serangga, sekaligus dijadikan sebagai hiasan. Letakkan pokok kemangi di dalam botol kecil berisi air, dan hias dengan cantik. Pokok ini sering digunakan untuk menghalau serangga kerana baunya.

Serbuk kopi



Anda juga boleh menggunakan serbuk kopi. Caranya, letakkan serbuk kopi di pinggan dan bakar dengan api hingga membara dan berasap. Asap daripada kopi tersebut akan membuatkan serangga mabuk.


Tuna



Cara ini anda boleh gunakan sekiranya anda sedang mengadakan majlis. Pasti anda tidak inginkan serangga mengganggu makanan yang anda sediakan untuk para tetamu anda. Mudah sahaja, buka tuna dalam tin dan letakkan di kawasan yang tiada orang. Serangga akan datang ke tuna tersebut kerana baunya yang kuat.

Kipas angin



Pasangkan kipas angin, dan serangga akan terbang jauh. Nyamuk adalah haiwan terbang yang sangat lemah. Pasti nyamuk tidak dapat menggigit anda, jika kipas angin terlebih dahulu menghalaunya.


Gula dan garam



Rendam kapas dalam larutan yang diperbuat daripada air, garam, dan gula. Campuran tersebut akan memikat serangga, dan membunuhnya. Jauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan anda.

Diharap tips atau petua ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Selamat mencuba!

Sumber : Nakbebel

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri