Zaman dah makin berubah. Kita bukan duduk dizaman mak mak kita dulu. Dimana ‘terima apa sahaja dengan redha’ bila hal kaitan dengan rumahtangga. Pada mereka dahulu, menjadi Miss J tu susah dan menyusahkan.
Harini, kita duduk dizaman kemahiran lebih berjaya dari akademik. Lagi lagi untuk para wanita. Untuk para lelaki kita taknak sentuhlah sebab kita perempuan.
Saya masih bersyukur saya ada kerja yang boleh suap saya makan tiap bulan, belanja adik adik wayang baju makan, bagi duit kat mama baba, belanja anak, ada duit minyak pergi balik kerja.. Syukur. Jika akan datang rezeki saya luas, saya doa Allah buka pintu rezeki saya untuk tanggung kos rumah pula.
Terus terang saya kata, saya received lebih dari 50 messages ceritakan masalah rumahtangga mereka. Dan terus terang saya kata, saya taknak tahu. Saya taknak tahu apa masalah rumahtangga kamu semua. Tapi saya amat berminat untuk beri jalan keluar untuk setiap masalah inshaAllah.
Saya sedar, ramai wanita diluar sana ditindas. Terlalu ramai. Mereka takut nak melangkah. Ada yang paling sadis sampai suami ada anak dengan perempuan lain (of course belum nikah) tapi wanita mulia ni masih duduk diam disitu sebab tiada support dari sesiapa, murung, tak tahu nak keluar, tak ada duit..
Tolong para wanita, make your own money. Jangan jadi macam zaman mak mak kita, weh kalau mak kita tahu kita duduk murung macam ni dia pun menangis tau. Pilih bahagia diri dari bahagia orang.
Kebahagiaan sesama manusia takkan kita dapat surat waranty yang akan kekal selamanya. Awak kena bersedia. Even awak kahwin dengan orang kaya sekalipun. Makin kaya suami awak, makin awak kena kaya sama. Sebab apa? Mereka lelaki.
Sekurangnya jika mereka nak kahwin lain dan awak tak bersetuju, awak boleh keluar bekerja dan berdiri lagi. Bukan duduk merintih mengenang nasib. Sekurangnya jika bermasalah dalam rumahtangga dan awak tak boleh nak tanggung lagi, awak boleh keluar tanpa rasa ragu atau takut nak fikir macam mana nak teruskan hidup ini.
Jadi wanita berdikari.
Suami ni bila dia manjakan kita nak kemana dibawa, minyak kereta diisi, pergi shopping diteman, apa sahaja aktiviti kita buat semua suami ada, kita akan jadi manja.. Benda tu tak salah. Kita bergantung hidup pada seorang yang bernama suami. Syukur ada suami sudi macam tu.
Tapi, jangan sesekali ada di zon selesa. Berwaspada juga tak salah. Buat saving untuk masa depan. Jika jodoh panjang, saving tu boleh pass kat anak anak untuk masuk belajar. Jika tak panjang, itulah modal untuk mulakan hidup. (Sebenarnya saya sendiri nak buka account saving dari dulu tapi tak menyempat)
Kalau dulu topik kahwin muda. Harini topik bina semangat wanita. Sebab sedar, kahwin lagi mudah dari bercerai. Tetapi jika bermasalah, bercerai lagi bahagia dari kahwin..
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri