Masih Ingat Dengan Pelakon Kecil Ini? Kini Beliau Adalah Isteri Kepada Kerabat di Raja Kedah


Amelia Henderson pelakon si cantik yang membintangi drama Keluarga Pontimau di TV3. Di usia muda, Amelia Henderson memang berbakat besar dalam dunia lakonan, ia terbukti dengan pembabitannya dalam terhasilnya filem dan drama hasil lakonannya.

Ibu beliau adalah seorang doktor gigi yang berketurunan India bernama Jaya Rudralingam. Selain itu, bapa beliau adalah seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham L. Henderson. Beliau mempunyai dua adik-beradik dan merupakan anak yang sulung. Adiknya pula bernama Alexander Rudrakeith Henderson.


Biodata dan Profil YM Datin Che Puan Amelia Thripura Henderson

Nama penuh : Amelia Thripura Henderson
Tarikh lahir : 20 Oktober 1995
Umur : Amelia Henderson: 20 tahun (2015)
Asal : Selangor, Malaysia
Kerjaya : Pelakon, pelakon suara, pengacara televisyen, model


Gadis kacukan India dan Scottish ini kini selamat bernikah dengan pasangan hidupnya Tunku Harun, 29, pada 14 Ogos lalu bertempat di Carcosa Seri Negara, Amelia Henderson dengan nama barunya Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah sah bergelar isteri kepada Tunku Harunnarasheed Putra, anak kepada Tunku Bendahara Kedah, Almarhum Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna.


Ikuti perkembangan Amelia Henderson di laman sosial:


  • Twitter Amelia Henderson: https://twitter.com/ameliath
  • Facebook Amelia Henderson: https://www.facebook.com/iameliath
  • Blog Amelia Henderson: http://www.ameliath.com/
  • Senarai drama, telemovie dan filem lakonan Amelia Henderson:

Keluarga Pontimau, Barbie in a Christmas Carol, Talentime, Barbie and the Three Musketeers, War of the Worlds: Goliath, Keluarga Adam, Kasut Tumit Tinggi, The English Room


0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri