Spesis Kumbang Yang Paling Ganas Di Dunia


Kumbang biasanya memakan haiwan kecil seperti serangga, cacing atau haiwan vertebrata (haiwan bertulang belakang) yang mati. Tapi, kumbang ini malah memangsa katak dan cicak.

Kumbang Epomis circumscriptus jadi pemangsa bagi katak dan cicak yang ukurannya jauh lebih besar.

Namun, menurut penyelidik Gil wizen, ketika ada ‘kerabat’ kumbang ini dimakan cicak atau katak, kumbang ini akan membalas dendam dengan menyerang dan memangsa katak atau cicak itu.

Kumbang jenis ini merupakan fenomena luar biasa haiwan invertebrata yang memangsa haiwan vertebrata, katanya. Tapi kumbang Epomis tidak serta merta menyerang mangsanya begitu saja.

Penyelidik mendapati, kumbang ini akan mendekatkan diri dengan mangsanya terlebih dahulu sebelum akhirnya menyerangnya di malam hari. Semasa menyerang, kumbang ini akan menggigit belakang mangsa dan menusuknya hingga lumpuh. Ketika itulah kumbang Epomis memakan mangsanya secara perlahan. Kumbang ini memerlukan beberapa jam untuk menghabiskan ‘santapannya’ itu.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri