Kita akan ketawa bila merasakan sesuatu perkara itu lucu atau pun ketika kita sedang menonton cerita yang lawak.
Saat berkumpul dan berbual bersama teman-teman dan keluarga juga boleh menimbulkan saat riang ketawa hingga boleh mengeluarkan air mata.
Namun, tidak ramai yang tahu ketawa merupakan satu perkara yang selain mengembirakan, ia juga baik untuk kesihatan kita!
Menurut beberapa kajian yang dilakukan, individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan meningkat dan kedua-dua kadar ini kemudiannya akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
Jika kita sedar, kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa dan tidak hairanlah orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami tekanan dan kemurungan.
- Antara fakta lain tentang ketawa:
- Ketawa 100 kali bersamaan dengan 15 minit senam berbasikal
- Ketawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru-paru dengan kelajuan sehingga 60 mph
- 17 otot wajah digunakan untuk tersenyum, manakala mengerutkan kening memerlukan 47 otot wajah.
- Ketawa 17 minit sehari dipercayai memanjangkan waktu hidup selama satu hari.
- Seseorang yang selalu ketawa memiliki risiko penyakit jantung 40 peratus lebih rendah berbanding orang yang murung.
- Ketawa selama 10 hingga 15 minit boleh membakar banyak kalori.
- Ketawa boleh mengurangkan tekanan, melawan jangkitan dan mengurangkan kesakitan.
- Ketawa menggalakkan tumpuan kepada berfikiran perkara yang baik dari fikiran buruk.
- Antibodi yang paling kuat ditemui di dalam badan ketika ketawa sepanjang masa.
- Ketawa mengeluarkan kemarahan, ketakutan, kesalahan, kebimbangan dan ketegangan.
- Mungkin ada yang tidak percaya dengan kenyataan ini tetapi, tidak salah untuk kita mencuba dan merasa sendiri nikmat ketawa itu.
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri