Jangan Terkejut Kerana Nelayan Di Filipina Gunakan Peti Ais Untuk Tangkap Ikan

Pada kebiasaannya, nelayan akan menyimpan hasil tangkapan di dalam peti sejuk, namun berlainan pula dengan mangsa Taufan Haiyan di sini.

Para nelayan itu mengunakan peti sejuk untuk dijadikan bot bagi tujuan menangkap ikan.


Taufan Haiyan yang melanda pada tahun 2014 ini telah mengorbankan lebih 3,000 orang itu telah menjejaskan punca pendapatan petani dan nelayan yang miskin.

Ia sekali gus menyebabkan kumpulan nelayan tersebut berusaha untuk memulihkan taraf kehidu- pan mereka semula.

Sebuah keluarga nelayan yang tinggal di selatan bandar Tacloban dan merupakan antara kawasan yang teruk dilanda taufan sejak 13 hari lalu telah menggunakan peti sejuk yang dijumpai dalam timbunan sampah untuk dijadikan bot.


Menurut seorang penduduk, Jimmy Obaldo, 52, idea untuk menggunakan peti sejuk itu datang daripada anaknya.

“Anak saya yang ingin mencuba menggunakan peti sejuk untuk pergi menangkap ikan.

“Sejak seminggu lalu, kami berjaya menangkap ikan, udang dan ketam dan dijual di pasar,” ujar Obaldo.


Taufan Haiyan melanda wilayah tengah Filipina pada 8 November tahun 2014 yang dianggap sebagai salah satu taufan paling kuat di dunia.

Ia menyebabkan banyak kemusnahan di pulau-pulau yang terdapat di tengah Filipina.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri