Rumah Lawa Perlu Ruma Besar Dan Mahal? Anda Silap


Artikel ini adalah hasil perkongsian Mohd Fuad Rajudin, anda boleh hubungi beliau melalui laman Facebook

Rumah adalah pusat kepada kehidupan. Bagaimana rumah kita? Itu adalah personaliti peribadi kita. Seterusnya ianya membayangkan bagaimana kita menguruskan kehidupan seharian bersama ahli keluarga.

Ada orang rumahnya kecil tetapi bahagia, ada orang rumahnya besar tetapi setiap hari pening kepala. Kehidupan ini sudah ditentukan. Tetapi bagaimana kita memilih cara untuk hidup, itu adalah pilihan. Maka, rumah memainkan peranan untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dalam membina kehidupan.


Baiklah, hari ini saya ingin kongsikan hobi yang saya warisi daripada ibu saya iaitu menghias dan mengemas rumah. Apa yang mahu dikongsikan adalah bagaimana mahu memanfaatkan ruang rumah yang berkeluasan 30′ x 32′ dengan ketinggian siling 14′ ini telah membuatkan saya berfikir di luar kotak.


Dengan hiasan berkonsepkan moden, saya mengunakan kelebihan ruang tinggi rumah ini dengan mengolah semula ruang tamu yang telah sedia ada kepada dua bahagian iaitu, ruang bawah sebagai tempat berehat dan bersantai selain turut menempatkan meja makan pada bahagian hadapan. Manakala ruang baru iaitu di bahagian atas pula, saya wujudkan sebagai ruang pejabat dan ruang bacaan.


Bagaimana idea ini tercetus, sudah tentu dari Allah. Selain itu, saya serta keluarga memang berkongsi minat yang sama, iaitu membaca dan menulis. Dalam masa yang sama, tanggungjawab sebagai perunding acara memerlukan banyak masa untuk menyiapkan kertas kerja yang sering ditempah oleh pelbagai pihak melibatkan agensi kerajaan, syarikat pengurusan acara dan bekalan alatan acara. Bagi tujuan itu, saya amat mementingkan ruang yang selesa untuk saya menyediakan kertas kerja.

Rumah juga adalah pusat kehidupan, maka jadikanlah ianya syurga supaya seluruh keluarga merasa tenang dan tenteram apabila berada di dalamnya.

Semoga bermanfaat.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri