Pastinya ramai yang tercar-cari kaedah apakah paling berkesan untuk melangsingkan tubuh badan anda. Jika dilihat dari dulu hinggalah sekarang ramai yang memilih kaedah mengamalkan diet yang ketat bagi mencapai misi yang dihajati iaitu memiliki bentuk badan yang langsing dan ideal.
Tetapi tahukah anda ada cara lain yang lebih 'mujarab' dan jarang masyarakat kita hari ini praktikkan.
Melalui perkongsian yang dimuatnaik dari portal Vanillakismis.com, dapat kita ketahui bahawa selain melakukan diet yang ketat ada kaedah lain yang begitu sihat dan mudah untuk anda amalkan.
Di bawah adalah 6 perkara yang perlu anda amalkan jika ingin mengurangkan timbunan lemak di tubuh sekaligus menjadikan bentuk badan lebih langsing.
1. Sarapan Oat
Oat semestinya salah satu agen penyerap kolestrol yang terbaik untuk tubuh badan. Anda disarankan mengambil makanan ini pada waktu pagi selain ia memberi rasa yang mengenyangkan sehingga sampai waktu makan tengah hari.
Amalkan oat dengan pelbagai versi, samada dimasak seperti bubur sup atau sebagainya. Pelbagai resepi hasil dari oat anda boleh dapati di internet.
Alternatif lain bagi mereka yang tidak berapa gemar oat, boleh cuba dengan dua keping roti gandum (Seeloknya dibakar) bersama-sama satu biji telur rebus. Fungsi seperti oat iaitu rendah kalori dan mampu menahan dari rasa lapar sebelum tengah hari.
2. Parkir kereta di tempat yang agak jauh dengan tempat kerja atau turun dari kenderaan awam di lokasi yang agak jauh dengan tempat kerja
Dengan cara ini pergerakan anda menjadi lebih banyak sekaligus dapat menurunkan lebih banyak kalori dari aktivit tersebut.
Jalan kaki adalah salah satu senaman yang akan melancarkan darah malah senaman ini membantu kaki kelihatan lebih kurus.
3. Minum lebih banyak air
Secara umum, tubuh badan seorang dewasa memerlukan sekurang-kurang 2-3 liter sehari beragntung pada berat badan.
Kiraan yang mudah bagi pengambilan air yang ideal bagi setiap individu adalah, 25kg bersamaan dengan 1 liter air.
Minum banyak air dapat membantu detoksifikasi berjalan dengan lancar disamping mencegah penumpulan lemak di satu bahagian tubuh.
4. Makan buah sebelum makan nasi atau hidangan makanan lain.
Makan buah epal, pisang ataupu betik adalah tabiat yang baik sebeleum anda menjengah ke kedai untuk makan tengah hari.
Amalkan setiap waktu kerana buah-buahan ini mengandungi enzim semulajadi(gula) dimana dapat mengurangkan rasa lapar ketika anda menjamu selera.
Sekaligus mengelakkan anda dari mengambil makanan lain dengan jumlah yang banyak.
5. Lakukan senaman regangan
Selepas selesai makan, jangan terus duduk di depan meja kerja, seeloknya lakukan sedikit berjalan di sekitar pejabat, atau lakukan secara ringkas regangan dalam 10 hingga 15 minit.
Lemak yang berkumpul di perut selepas makan jika tidak diselangi dengan senaman akan mengganggu proses pelangsingan tubuh badan anda.
6. Tanpa Gula
Sila tukarkan rutin minum petang anda dari menikmati kuih-kuih yang manis dan teh ataupun kopi dengan minuman yang lebih 'ringan'.
Jika menikmati kuih, ambillah dalam kadar yang sedikit, pilihlah jenis kuih yang rendah kadar gula.
Minum petang pula boleh digantikan dengan meminum teh hijau. Disamping memberi kesegaran ia dapat menurunkan kadar gula dalam tubuh jika diamalkan selalu
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri