Indonesia merupakan negara dengan penduduk muslim terbanyak di dunia. Banyak di antara warganya yang sudah terlahir sebagai muslim, tapi tidak sedikit juga orang yang kemudian memeluk Islam setelah menemukan kebenaran. Contohnya 10 artis cantik Indonesia berikut ini yang pada akhirnya memutuskan untuk menjadi mualaf.
Menerusi Dailymoslem.com, kami kongsikan kepada anda senarai 10 artis jelita Indonesia yang memutuskan untuk memeluk agama Islam.
1. Dian Sastro
Aktres bernama penuh Dian Paramita Sastrowardoyo yang terkenal melalui filem layar perak ‘Ada Apa dengan Cinta’ ini memutuskan untuk menjadi mualaf selepas mengenal Indraguna Sutowo, lelaki yang kini menjadi suaminya. Walaupun memutuskan untuk menjadi mualaf setelah mengenal calon suaminya, perempuan yang akrab disapa Dian Sastro ini mengaku dirinya masuk islam untuk menyerahkan seluruh hidupnya kepada Allah SWT.
2. Rebecca
Artis cantik Indonesia lain yang masuk Islam adalah Rebecca Reijman. Artis cantik berdarah Belanda ini masuk Islam setelah mendengarkan alunan zikir dan ayat Al-Quran. Rebecca mengaku dia merasa hidupnya lebih lengkap dengan kedamaian dari lantunan zikir dan ayat Al-Quran. Dia merasa hal tersebut memberinya semacam kekuatan batin. Subhanallah, memang Allah akan menurunkan hidayahnya pada mereka yang kehendaki olehNya.
3. Alice Norin
Artis cantik Alice Norin yang ketika ini menjadi salah satu pelakon di sinetron terlaris ‘Tukang Bubur Naik Haji’ ini juga ternyata merupakan mualaf. Tepatnya pada tahun 2007 saat Alice memutuskan untuk memeluk Islam. Selama perjalanannya mempelajari Islam, Alice mengaku selalu mendapat dukungan dari orang-orang terdekatnya. Alice juga mengaku bersyukur kerana tidak pernah mendapat kesulitan sewaktu memutuskan berpindah keyakinan.
4. Tere
Tere adalah salah penyanyi yang namanya pernah popular di awal tahun 2000an dengan lagunya yang berjudul ‘Aku Patut Membenci Dia’ dan ‘Dosa Termanis’. Artis cantik Indonesia satu ini memutuskan untuk menjadi mualaf pada tahun 2001, ia mengaku bahwa dirinya mendapatkan hidayah untuk masuk islam melalui mimpi. Tere pun mulai mempelajari Islam dan setelah ia berfikir panjang, diapun yakin untuk masuk Islam.
5. Angelina Sondakh
Sama seperti Dian Sastro, Angelina Sondakh juga memutuskan untuk memeluk Islam setelah mengenal calon suaminya pada waktu itu, iaitu Adjie Massaid. Kerana hal inilah banyak orang yang menganggap keputusan Angie untuk berpindah agama hanya untuk kepentingan berkahwin dengan Adjie Massaid. Namun, Angie membantah dan mengatakan bahawa dirinya tetap memeluk Islam setelah ditinggalkan Adjie. Di awal perjalanannya mempelajari Islam, Angie juga mendapat banyak tentangan dari orang terdekat.
6. Davina Veronica
Model Davina Veronica adalah salah seorang artis mualaf yang tidak mahu membocorkan alasannya untuk masuk Islam. Artis cantik satu ini memantapkan hati untuk memeluk Islam setelah melakukan perkalanan ke Roma, Italia, pada tahun 2003 lalu. Davina juga menegaskan bahawa dirinya menjadi mualaf atas keinginannya sendiri dan tanpa paksaan dari siapa pun.
7. Bella Saphira
Seperti juga Angelina Sondakh dan Dian Sastro, Bella Saphira juga mendapat hidayah melalui calon suaminya saat hendak bernikah dengan Mayjend Agus Suryabhakti. Tepatnya pada 2013 lalu akhirnya Bella Saphira memutuskan untuk memeluk Islam. Bella menunjukkan kesungguhannya dalam mempelajari Islam dengan ikut suaminya menunaikan ibadah ke Tanah Suci Makkah.
8. Renata Kusmanto
Artis cantik Renata Kusmanto memutuskan untuk memeluk Islam sebelum bernikah dengan Fachri Albar. Renata secara rasmi mengubah keyakinannya dengan mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid Sunda Kelapa. Meski memutuskan berpindah keyakinan sebelum bernikah dengan Fachri Albar, Renata tidak mau membeberkan alasannya masuk Islam pada media.
9. Marsha Timothy
Artis cantik Marsha Timothy juga memutuskan untuk masuk Islam beberapa saat sebelum pernikahannya degan Vino Bastian digelar pada 2012 lalu. Namun, Marsha mengaku dirinya masuk Islam bukan kerana akan bernikah dengan Vino, tapi kerana niatnya untuk memeluk Islam sudah ada sebelum memutuskan bernikah dengan Vino.
10. Sophia Mueller
Banyak khabar angin mengatakan bahawa keputusan Sophia Mueller memeluk Islam disebabkan kerana rapat dengan Ariel Noah saat ini. Namun, Sophia menegaskan bahawa dirinya memeluk Islam kerana keinginannya sendiri, bukan kerana pengaruh orang lain.
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri