Abang Nak Apa Birthday Nanti? – Luahan Sayu Lelaki Ini Redha Kepergian Isteri Buat Selamanya


Artikel ini adalah hasil perkongsian Shamshir A. Mokti

Warkah Dari suami,
- buat yg mengenali almarhumah Nida Fatin Mat Asis

Salam wbt
Menjelang ulang tahun kelahiran saya yang ke 30, saya merenungi detik2 akhir bersama isteri tercinta..

Allah telah menetapkan taqdir-Nya walau kami celik bukan mengantuk, jln lurus bukan bengkang bengkok, keadaan cuaca cerah bukan gelap, jln elok bukan berlubang, Kereta elok bukan rosak..

Bahawa Allah menetapkan isteri yg saya sayangi di jln keimanan telah kembali kepada Allah pada jam 9:45 pagi pada 16/4/16, seminggu sebelum hari jadi saya yg ke 30.

Ya, mmg teramat sedih, pilu malah risau menempuh hari membesarkan anak kami, azzam keseorangan tapi hari akan terus berlalu Dan kehidupan harus diteruskan. Matahari akan terbit Dan tenggelam juga.

Walaupun sedih teramat, saya berasa Sgt redha dgn cara allahyarhamah pergi menghapNya. Kami berdua sdg dlm perjalanan ke usrah masing2 pd mlm harinya Dan petangnya isteri saya ada meeting utk planning 'mukhayyam' (camping) utk aktivis2 dakwah perempuan IKRAM Sabah. Esoknya plan nk survey Rumah di KK sebab kami dijadualkan ke hosp queen Dan likas utk posting bagi melanjutkan ke peringkat pakar. Kami juga merancang mengerjakan haji thn ini. Mlm sebelumnya, allahyarhamah mengajar mengaji Qur'an kepada staf2 perempuan hospital di surau hospital keningau.

Di dlm perjalanan kami berborak ttg mukhayyam.

Conversation terakhir kami. Nida Tanya saya: " abang nk apa utk birthday awak? Nk mkn apa? Nk berjln ke mana?"

Saya berfikir sejenak..lantas saya jawab: " Entahlah syg. seriously abg tak tahu. Abg dh ada kehidupan dan kareer yg baik, isteri yg solehah Dan cantik, anak yg comel, family yg baik2 dan kita sama2 sdg buat perkara baik. Betul2 x tau nk apa lg. Mungkin hari tu kita ambil cuti Dan relaks2 je kat Rumah. "

Nida jawab "OK, takpe. Kita ambik cuti duduk kat Rumah Dan sy masak makanan yg awak suka. Dan saya bli awak seluarlah sebab awak Dari dulu pakai seluar sama je" (Senyum tergelak).

Itulah perbualan terakhir kami.

Sesungguhnya Allah telah meminjamkan kpd saya yg serba kekurangan ini seorang isteri mu'minah, daei'ah, solehah, doktor, perawan yg positif dlm dakwah Dan kehidupan utk berkhidmat kpd manusia lain demi mendapat redha Allah.

Dapatlah saya merasa nikmat cinta selepas kahwin yg suci di jln yg diredhai Allah selama 4 tahun, 11 bulan 1 hari.

Saya teramat sygkan allahyarhamah tp Allah Maha menyayangi.

Perginya dalam keadaan suaminya Sgt meredhai Dan harapnya dia pun redha kepada saya, suaminya.

Perginya nida dalam keadaan sedang berusaha menyebarkan kebaikan agama Dan untuk kebajikan orang sekelilingnya.

Moga allahyarhamah ditempatkan di syurga Firdausi bersama shuhada dan salihin.

Moga Allah berikan kita taufiq Dan hidayah dalam hidup yang singkat ini.

Mourning, but trying to move on..
Faqir ilallah
Shamshir , Abu azzam

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri