Dr. P Ramasamy Cabar Dr Zakir Naik Untuk Berdebat – Syarat Yang Perlu Dipatuhi


Artikel ini adalah hasil perkongsian Firdaus Wong Wai Hung

Kami merasa dukacita kerana Prof Dr. Ramasamy menolak jemputan & tajaan tiket kapalterbang dari kami kerana beliau ada komitmen lain. Berkenaan dengan cabarannya kepada Dr. Zakir Naik untuk berdebat dengan beliau, sebagai makluman kepada Prof. Dr. Ramasamy dan sesiapa jua yang berniat untuk berdebat dengan Dr. Zakir Naik, saya inginkan kongsikan sedikit maklumat kepada anda.

Untuk berdebat dengan Dr. Zakir Naik adalah mudah sahaja prosedurnya iaitu, mana-mana pihak yang ingin berdebat dengannya mestilah memenuhi SATU sahaja syarat iaitu ceramah agama individu tersebut mestilah mampu menarik 10,000 penonton. Ceramah agama tersebut adalah ceramah agama secara individu dan bukannya forum, konvensyen mahupun seminar.

Jikalau individu tersebut memenuhi syarat tersebut, maka dia telah layak untuk berdebat dengan Dr. Zakir Naik. Malahan Dr. Zakir Naik pernah berkata kepada kami beliau akan menanggung segala kos untuk penganjuran debatnya termasuklah sewa venue yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 10,000 penonton, set pentas, kos pengangkutan serta penginapan 40 krew PeaceTV yang akan hadir membuat rakaman.

Mengapa diadakan SYARAT ini? PeaceTV ditonton oleh tidak kurang dari 100 juta penonton di seluruh dunia dan Dr. Zakir Naik tidak mahu sesiapa mengambil kesempatan populariti PeaceTV untuk mencari publisiti. PeaceTV mahu memastikan hanya mereka yang layak sahaja muncul di dalam PeaceTV. Harap maklum...

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri