‘Kaulah Melayu Pengkhianat!’ – Drebar Teksi


Video seorang pemandu Grab Car yang membawa 3 penumpang diserang oleh sekumpulan pemandu teksi, viral di media sosial semalam.

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu, menunjukkan pemandu Grab Car terbabit telah ditahan oleh sekumpulan pemandu teksi dengan bantuan beberapa anggota Polis Diraja Malaysia dan SPAD.


Tindakan perakam video yang juga pemandu teksi itu memaki hamun lelaki berbaju merah berkenaan dikritik netizen yang menganggap lelaki itu sudah melampaui batas.

“Tahniah sebab menunjukkan sikap pemandu teksi yang sebenarnya memang kasar dengan bahasa-bahasa yang indah,” kata netizen.

Difahamkan, Kerajaan pada masa ini tidak menghalang perkhidmatan Grab Car atau Uber dijalankan di negara ini. Malah Kerajaan sedang mengkaji untuk mewajibkan Uber/Grab Car mengikut peraturan yang ditetapkan
Sumber : Pixel

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri