5 Selebriti Malaysia Berhijab Paling Bergaya & Stylish


Siapa cakap kalau berhijab dan menutup aurat tak boleh bergaya? Ada yang cakap, kalau pakai tudung ni kena pakai macam ‘makcik-makcik’.

Tapi banyak dan jenis fesyen dan gaya yang anda boleh gayakan tapi masih menutup aurat.

Jika anda masih tercari-cari gaya yang sesuai khusus untuk wanita berhijab, boleh la singgah ke Instagram mereka ini untuk dijadikan sebagai rujukan.

1. Elfira Loy



Elfira ternyata bijak menggayakan fesyen dengan caranya tersendiri. Ada masanya dia berfesyen seperti gadis remaja. Pakai lah apa saja pun, tak ada pun nampak macam makcik-makcik. Walaupun bertubuh kecil molek, namun, Elfira bijak bergaya dan menampakkan saiznya lebih tinggi.

2. Sarah Hildebrand



Orangnya cukup cantik. Gadis kacukan ini memang tiada masalah untuk mengayakan apa saja. Sarah lebih suka tampil kasual dan mengayakan sneakers. Jika anda jenis yangsimple, boleh la cuba bergaya seperti Sarah.

3. Natasha Hudson



Wanita bertubuh tinggi ini bijak mengayakan apa sahaja gaya. Pakai apa pun nampak okay je. Natasha juga suka menggayakan warna pastel lembut sesuai dengan usianya. Jika anda ni bertubuh rendah jangan sesekali gayakan kot atau blazer labuh. Nampak tenggelam anda nanti.

4. Neelofa



Neelofa antara wanita yang menjadi idola wanita berhijab masa kini. Jutawan berjaya ini bijak menggayakan tudung dengan apa sahaja pakaian. Paling penting, Neelofa seorang yang sangat berani menyarung platform pumps ke mana saja.

5. Vivy Yusof



Gaya pemilik Fashion Valet ini tidak perlu diperkatakan lagi. Ramai wanita berhijab kalau boleh nak bergaya seperti Vivy. Vivy juga berani bermain dengan warna. Tak perlu‘mewah’ kalau nak bergaya. Asalkan anda bijak untuk memadankan sesuatu pun dah cukup cantik.

Sumber : Hanasuva

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri