4 cara guna gel silika dengan betul ini pasti ramai yang tidak tahu kan? Tapi apa itu gel silika? Kalau nak tahu gel silika biasa di dapati dalam bungkusan barangan yang baru di beli seperti kotak kasut, beg, barangan elektronik serta banyak lagi.
Kebiasaannya bungkusan kecil mengandungi gel silika dan tertera perkataan Do Not Eat ini di buang tanpa di ketahui fungsi sebenarnya. Sudah berapa banyak gel silika yang telah kita buang sebelum ini kan? bungkusan kecil ini mengandungi banyak kegunaannya yang tersendiri.
Gel silika tidak mengandungi bahan toxic, tetapi silikon dioksida yang berfungsi sebagai bahan yang mampu mengurangkan kadar kelembapan. Jadi gel silika boleh di manfaatkan untuk banyak fungsi lain antaranya:
1. Menyelamatkan telefon bimbit yang terjatuh/terendam dalam air
Telefon bimbit yang terjatuh ke dalam air akan menjadi igauan ngeri buat sesiapa sahaja. Sekiranya perkara ini terjadi, gel silika gel mampu mengelak telefon bimbit terus rosak. Caranya, letakkan telefon bimbit yang basah tadi dalam satu bungkusan plastik, kemudian masukkan beberapa bungkusan gel silika bersamanya.
2. Menjaga alatan mekap
Bagi kaum hawa khususnya, barangan mekap merupakan alatan asas untuk menjaga kecantikan. Sekiranya bedak asas menjadi keras ataupun kandungannya tidak sekata seperti dahulu, letakkan satu bungkus gel silika gel atau lebih dalam beg mekap anda. Tip ini pasti membantu.
3. Menghapuskan bau hapak pada kasut
Khusus buat mereka yang selalu ke gym. Adakalanya kasut yang disimpan di dalam beg gym anda dibiarkan selama beberapa hari setelah menyudahkan sesi work out. Ini pasti akan mendatangkan bau yang kurang enak. Letakkan dua bungkus atau lebih gel silika dalam beg gym anda dan ini akan bantu mengurangkan bau hapak kesan peluh.
4. Mengekalkan kilat pada barangan perhiasan
Mereka yang gemarkan barangan silver, pasti sukar untuk mengekalkan warna asalnya. Letakkan gel silika gel bekas simpanan barangan peribadi (jewellary box) ianya akan melambatkan proses pudar selain mengembalikan sinaran dan kilat pada barangan anda.
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri