‘Jangan Lupa, Orang Tua Kita Adalah Kunci Kepada Pintu Rezeki Kita’


Salam. Aku mimi. 27 tahun. Aku cuma nak kongsi kisah diantara mak ayah aku dan opah aku.

Mak ada 10 orang adik beradik. Anak ke 5. Mak aku memang dh biasa susah. Mak aku ni boleh tahan gak dia skor masa spm. Tapi di sebabkan kesusahan hidup, habis belajar mak terus kerja sebagai kerani. Memang kerja kerajaan tapi bawah mak aku ramai lagi adik2 tengah belajar. Start dari hari pertama mak aku kerja,memang setiap bulan mak tak pernah miss bagi opah dan atuk aku duit belanja.

Aku tak lahir lagi time ni. Tapi opah yang cerita balik kat aku. Lepas beberapa thun kerja, mak aku pun kahwin dgn ayah aku dan kemudian atok aku meninggal dunia pada usia 50+.

Kehidupan mak ayah dulu tak senang. Ayah aku askar kerja luar negeri (ayah aku askar pangkat paling rendah).Lepas aku lahir baru kami tinggal bersama. Mak aku lah sorang2 jaga adik beradik lain kt rumah. Aku salah seorang saksi kejadian. Memang selalunya setiap bulan tak cukup duit. Mesti korek duit simpanan yg mak simpan sikit. Tapi mak tetap bagi wang belanja kat opah. Tak pernah kurang dari rm100. Kalau ada lebih bg lebih tp kalau tak cukup, rm100 tetap ada untuk opah di kampung.

Bila dah kahwin ayah aku pun macam mak aku. Memang tak pernah lupa pada ibu kat kampung walaupun ayah hidup susah(atok sebelah ayah aku pn dah meninggal). Memang dalam tempoh 7-8 tahun rezeki tak nampak. Tapi sepanjang hidup kami cukup makan pakai. selepas bertahun2 rutin ni jadi amalan mak dan ayah pada ibu mereka memang nampak rezeki mak ayah aku murah sangat.

Ayah dan mak dapat tunaikan haji, beli rumah, beli kereta. Walhal dulu mak ayah nak buat simpanan dari duit gaji pun belum tentu ada. Konsep mak ayah aku senang. Dapat gaji je pertama sekali cukup ke tak cukup opah mesti no 1. Lepastu selebihnya baru lah fikir hutang2 yg hendak dilangsaikan.

Aku dengan opah memang rapat. Kalau kami tidur sekatil jwapnya pkul 12 pn belum tentu tidur sebab kami akan menyembang sampai aku sendiri tertidur. Haha. Bila opah sebelah mak aku dah uzur, opah nak tinggal dengan kami. Adik beradik mak aku pun ada membantu kalau mak ada kursus opah tinggal sementara dengan mereka. Waktu tu aku spm. Aku tak duduk asrama,aku sek biasa. Kali ini wang ringgit bukan pertaruhan tapi tenaga dan kesabaran dalam menjaga opah. Mak aku adalah orang yang tak pernah mengeluh penat jaga opah. Opah pernah marah2 taknak pakai lampin. Jadinya opah aku berak merata dalam rumah. Kencing pun sama. Kat ruang tamu pun pernah. Ibarat kalau masuk je pintu rumah memang ada bau. setiap kali opah ke tandas lantai mesti kena mop. Sebab kencing tak lawas. (Tandas kt dapur tak ada dalam bilik). Nasib ayah faham dan tak pernah marah. Kami gilir2 mop lantai. Bayangkan sehari berapa kali kena mop gilir2.

Wang perbelnjaan opah tetap ada walaupun opah tinggal dengan kami. Saja mak aku buat begitu sekurang2nya bila mak aku tak ada duit boleh pakai untuk rawatan opah. Sepanjang menjaga opah, kami dimurahkan rezeki lagi. Mak ayah dapat naik pangkat. Daripada rumah kecil kami dapat pindah ke rumah banglo yang selesa. Tapi opah tak sempat merasa semua tu. Opah meninggal dunia sebelum rumah baru kami siap. Lepas opah meninggal, rezeki memang datang mencurah curah. rezeki datang tanpa di duga. Alhamdullilah. Dari kereta kecil dah boleh beli mpv. Adik beradik kami pun dimudahkan jalan untuk belajar dan mencari rezeki. Dan sekarang semua dah bekerjaya.

Bila difikirkan semula aku yakin inilah berkat menjaga orang tua. Kami dah terikut apa yang mak ayah buat pada opah. Setiap kali gaji tak pernah kami terlula bagi wang belanja pada mak ayah. Segala keinginan mereka kami turuti mengikut kemampuan. Kami adik beradik saksi kejadian betapa setia kasih sayang mak ayah pada ibu mereka. Kami sendiri berjanji pada diri kami yang kami akan layan mak macam mak dan ayah layan opah. First class punya.! InsyaAllah.

Pesan mak pada aku sewaktu opah masih ada. “Mak taknak cakap pada opah yg mak susah dan mak yakin mak tak akan jatuh susah kalau balas jasa opah dengan duit bulanan tiap2 bulan tu. Mak juga mampu jaga opah macam mana opah dulu susah2 pun mampu juga jaga mak”

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri