Seorang datuk biasanya akan menghabiskan hidupnya dengan berehat saja untuk menikmati usia tuanya . Namun hal ini tidak berlaku bagi Sam Sonny Bryant Junior yang lebih memilih menghabiskan waktunya dengan membentuk otot.
Datuk yang berusia 70 tahun ini memang tidak kelihatan seperi orang tua yang sudah berkedut . Ia malah kelihatan seperti lelaki berumur 40 an yang berbadan besar, tinggi dan berotot. Sam memang mengaku bahawa ia menghabiskan masa di gym selama 27 tahun untuk boleh membentuk tubuh yang mantap.
Sam mendedahkan bahawa ia mula berminat sukan membentuk otot sejak berusia 44 tahun. Semasa itu dia sedang mengalami masa terburuk akibat perkahwinan yang gagal. Untuk menghilangkan tekanan dan kesedihan akhirnya ia lebih memilih untuk menghabiskan waktunya di gym.
Tidak hanya itu saja , Sam juga terkenal sebagai seorang ahli bina badan yang rajin . Hanya dalam masa setahun selepas masuk gym , Sam telah memenangi beberapa kejohanan bina badan.
Meskipun telah berumur, Sam berharap bahawa aktiviti ini boleh memotivasi orang lain untuk terus mampu menjaga tubuhnya. Menurutnya anak muda zaman sekarang hanya menghabiskan waktunya dengan perkara yang tidak berguna.
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri