Rumah hantu yang terletak di Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of World Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.
Bangunan tua ini diubah menjadi rumah hantu dalam bentuk sebuah hospital. Berbeza dengan rumah hantu yang lainnya, rumah hantu ini tidak memiliki path atau direction yang sudah ditentukan. Para pengunjung diharuskan berjalan sendiri.
Info ringkas:
- Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu dan tingkap yang harus dibuka manual oleh para pengunjung. Selain penataan interior yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang dihias ngeri dalam pelbagai jenis karakter hantu
- Pengunjung boleh memasuki rumah hantu ini dalam kelompok seramai 2 atau 3 orang. Tidak hanya terlihat nyata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk untuk menambahkan rasa ngeri.
- Bangunan rumah hantu ini panjangnya 700m. Diperlukan sekitar 50 minit untuk berjaya keluar dari bangunan ini, itupun jika anda tidak tersesat. Tentunya, para ‘hantu’ juga selalu siap siaga untuk membantu anda keluar dari bangunan ini.
- Rumah hantu ini penuh dengan lika-liku jalanan kecil di mana para pengunjung biasanya akan tersesat. Audio juga dipasang full volume yang merupakan suara teriakan hantu dan suara-suara lain yang menyeramkan.
- Kerana terlalu menakutkan, banyak pengunjung wanita yang terluka kerana jatuh / genggaman tangan yang terlalu kuat.
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri