Pastinya anda telah melihat pelbagai tips untuk menyimpan duit dalam masa setahun, bukan?
Seorang pengguna Facebook, Rina Talib, telah berkongsi cara dia menyimpan sebanyak RM 5,000 selama setahun. ikuti tulisannya.
Azam tahun 2016 dah tercapai. Niat mestilah betul hati mesti kental, jiwa mesti utuh, barulah azam tercapai.
Bukan nak menunjuk, cuma Cik Ina nak berkongsi sedikit cara Cik Ina menyimpan. Tahun lalu Cik Ina tengok ramai yang upload (viral) cara menyimpan dengan macam-macam cara. Ada yang simpan ikut hari, ada yang simpan ikut warna duit, ada yang simpan ikut tarikh.
Dari situ Cik Ina simpan niat nak cuba buat sesuatu yang baru. Mulai 1 Jan 2016, Cik Ina tekad menyimpan duit yang berwarna oren. Ya, warna oren yang nilainya RM 20. Kenapa warna oren? Cik Ina ceritakan sedikit, ya?
Dalam banyak-banyak warna Cik Ina pilih warna oren. Sebab RM 1 dan RM 5 terlalu banyak kita jumpa setiap hari dan RM 1/RM 5 sangat penting bagi Cik Ina sebab itulah bekalan anak-anak ke sekolah.
So, tak dapatlah nak simpan nilai RM 1 dan RM 5. RM 10 memang terlalu banyak kita temui dan kita guna seharian. Kalau asyik simpan saja RM 10 yang ada, duit mana yang nak guna lagi kan? RM 20 kadang-kadang ada kadang-kadang tiada, so bagi Cik Ina inilah yang paling sesuai.
Jika ada Cik Ina terus simpan tak kiralah sekeping ke, dua keping ke, malah pernah sehingga 10 keping sehari Cik Ina simpan. Cik Ina set dalam minda bahawa RM 20 adalah wang yang tak sah laku nilainya. Dari itu, tidak boleh dibeli apa-apa. Cara inilah yang boleh kekalkan niat Cik Ina. Supaya tidak terpesong. Hahahaha.
Sampai anak-anak Cik Ina pun kalau tengok RM 20, mereka cakap “Ni duit tak laku, Mommy”.
Cik Ina simpan bukan setiap hari. Simpan jika ada sahaja. Kalau pegi kedai ke mana ke kalau kita beli barang, tak perlu minta tukar nilai RM 20 sebab nak simpan. Tak perlu.
Cik Ina simpan jika wang itu benar-benar yang Cik Ina masuk dalam dompet Cik Ina. So kalau dah jadi milik Cik Ina, RM 20 itu dah diiktiraf tidak sah laku lagi untuk membeli. Alhamdulillah. Hari ini 30 Dec. Setahun sudah berlalu.
Actually total hari ini bukanlah total yang sebenar sebab pernah tiga kali Cik Ina tercopet tabung oren ni. Ada barang COD, mereka tiada duit tukar, terpaksalah copet tabung oren untuk bayar nilai barang tersebut.
Tetapi Cik Ina sangat berpuas hati. Kerana azam 2016 tercapai dengan cemerlangnya. Berapa total? Hehehe. Taklah banyak tetapi Alhamdulillah mencecah RM 5,000. Dah kira, dah masuk bank dah tadi. 1 Jan datang lagi. Apa azam anda?
*baca ambil yang positif ya, jangan nampak yang negatif. Saya hanya berkongsi cara untuk menyimpan tiada niat lain.
Ini ialah salah satu tips berguna untuk menyimpan wang. Terpulang kepada anda apa yang hendak dilakukan dengan wang yang tersimpan. Deposit dalam bank atau beli komputer baru?
Yang penting anda tidak menambah hutang.
Sumber : Rina Talib Full
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri