Betul Ke Wanita Kanada Ini Ditahan Kerana Ganggu Bekas Teman Lelaki Dengan Panggilan 27000 Kali Seminggu?


Seorang wanita di Alberta, Kanada akhirnya ditahan oleh pegawai polis Edmonton kerana apa yang dipercayai sebagai kes gangguan paling ekstrim pernah direkodkan dalam sejarah.

Wanita berusia 28 tahun itu dituduh bukan saja membuat panggilan telefon kepada bekas teman lelakinya sebanyak 27,639 kali dalam masa seminggu, malah menghantarnya 937 e-mel, 11,229 mesej teks, 117 mesej nyanyian dan 47 helai surat dalam tempoh yang sama.

Kelly Murphy, yang mempunyai sejarah kelakuan obsesif kompulsif, tidak dapat menerima perpisahannya dengan Randy Williams, seorang yang telah menjalinkan hubungan cinta dengannya selama dua minggu.

Murphy dituduh menggunakan lapan telefon serentak untuk menelefon Randy, selama 24 jam sehari pada nombor telefon bimbit, telefon rumah dan telefon pejabat. Kelly dikatakan telah mengambil minuman tenaga dan amphetamines dalam jumlah yang banyak untuk terus berjaga selama seminggu, menelefon bekas teman lelakinya tanpa henti. Kata peguam plaintif, J.D. James Kilroy:

Klien saya kini sangat lega kerana Cik Murphy kini telah ditahan dalam lokap. Dia tidak dapat tidur, kerja atau menikmati kehidupan dalam apa cara pun selama lebih seminggu. Dia sukar berfikir tanpa gangguan serta hampir mengalami kemurungan. Apa yang dimahukannya sekarang ialah supaya Cik Murphy mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan serta perintah undang-undang untuk wanita itu menjauhkan diri darinya.

Tertuduh telah menghadiri mahkamah negeri di British Columbia, dan kebanyakan pakar menjangkakan hakim akan memerintahkan penilaian psikologi terhadap wanita itu untuk mengenal pasti sama ada dia patut dibicarakan.


Berdasarkan pemerhatian yang kami lakukan, artikel diatas sebenarnya adalah HOAX, bermula dari sawang worldnewsdailyreport.com seterusnya tersebar ke laman sawang yang lain. Enews

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri