Hina Sangatkah Bergelar Seorang Pelajar Poli?


Aku sedih bila baca confession budak UITM yang rasa terhina bila orang pandang rendah kat dia. Ni bukan sedih sebab aku budak UITM jugak. Tapi sedih sebab aku dengan kawan2 pun selalu kena perli selama study diploma, just sebab kitorang budak poli. Ye, Politeknik.

Aku tak tau kat mana silap dia, sampai kaum kerabat sendiri & student U lain rasa budak2 poli ni macam ‘ayam-ayam’ je. Alaa. Sekarang pun aku syak ada diantara korang yang rasa budak poli ni tak sama level dengan U, even sama2 grad diploma. Kan kann? Dasar manusia judgemental! Hehee. Gurau2.

Aku tak menyesal pun study diploma dekat poli. Sikit pun tak. Actually aku ade je apply UPU dulu, tapi takde rezeki. Berbekalkan SPM 5A masa tu, aku apply UPU. Tinggi gila harapan aku nak dapat sambung diploma dekat U, nak rasa ‘campus life’, study ramai2 sambil baring atas rumput macam dalam tv tu.

Bila result UPU keluar, aku tak dapat tawaran dari mana2 IPTA. Belum ada rezeki. Masa tu dah risau. Teruk sangat ke result SPM aku? Tak layak ke? But then aku dengar kabar angin kononnya intake memang utamakan bumiputera dulu. FYI, abah aku Malaysian, mama Thailand. So maybe ni salah 1 faktor kenapa aku tak dapat lagi. Tak pun result aku x sesuai dengan kos yang aku mohon. Ataupun sebab budak2 batch tu lagi ramai yang genius sampai result SPM aku tu level2 tapak kaki je. Mungkin.

Dah jadi macam tu, aku rasa memang aku tak layak masuk U. So bila bukak je intake poli, aku terus apply. Alhamdulillah, memang rezeki aku dekat sana. 3 tahun aku bertapa kat poli, grad, dan Alhamdulillah jugak, aku dengan geng2 poli aku dapat sambung degree. Memasing berpecah sebab lain2 U.

Minggu suai kenal time degree paling mencabar. Yelaa. Selama kat poli tak pernah jumpa budak U lain. Tak faham apa tu judgemental. Bila orientasi budak lain akan tanya kau U mana, kos apa. Kira time tu level paling power budak matrik la. Budak matrik memang diagung2kan sebagai manusia genius. STPM pon. Diploma pandai jugak, tapi ade 2 jenis. Kasta tinggi, budak U. Kasta rendah, budak poli. Hahaa. Sedih pulak.

Aku ingat lagi ada budak tu tanya aku.

‘Kau blaja mana dulu? Kos ape’

‘Poli. Kos akaun. Kau?’

‘Aku Uxx. Akaun jugak. Kau tak nampak macam budak poli pon~ Ehh Senang gila nak score kalau study sana kan?’

Aku pon.. ‘Dah tu kau nak dahi ni ade cop ‘made in poli’ ke baru nak caye? Kalau memang dari poli pon, kenapa? Kalau kau study betul2, senang score laa cite dia. Ehh kau ni karangg!’

Tapi dalam hati je laa marah gitu. Aku just gelak hambar je lepas dia cakap macam tu. Aku tak salahkan dia berfikiran macam tu. Sebab sepanjang aku cuti sem time diploma, pakcik makcik aku semua fikir macam tu. Anak diorang semua masuk U. So diorang hairan dengan nasib budak2 poli ni. Aku pon tak faham info apa yang diorang dapat sampai pandang rendah dekat student2 poli ni. Memasing bagi ‘sokongan padu’

‘Nanti abes diploma, susah sambung degree. Poli orang tak pandang’

‘Budak poli kalau 4 flat, campak kat U tak boleh hidup. Poli kan senang je nak score’

Allahu. Kalau betul laa senang nak score kat poli tu, tak de laa abang2 senior aku bertapa sampai 10 sem kat sana. Aku tgok silibus U dengan poli tak jauh lari pon. So kalau kau study gigih2 tak kira laa u mana pon, InsyaAllah dapat laa boleh score. Simple. Kadang2 aku fedup dengan soalan2 tak membina minda macam ni, tapi aku bersyukur mama & abah sentiasa support aku. Tak pernah pertikai pun kenapa anak dia masuk poli.

Bebel panjang2, sebenarnya nak cakap 1 je. Hahahaa. Tak kisah la kau study dekat ceruk mana pun, jijik mana orang pandang u kau, abaikan kata2 sumbang yang cuba patahkan semangat kau. Niat dalam hati, kau belajar kerana Allah. Lantak pi laa depa. Untuk budak UITM, kau tak payah sedih sangat. Sesungguhnya, nasib kita serupa. Bertabahlah *brofist*

Sumber : IIUMC

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri