Sekarang ini, ramai penjual telah beralih arah ke jualan di atas talian kerana ianya lebih murah dan flexible. Rata-ratanya, ramai penjual-penjual di atas talian ini gemar menggunakan applikasi Instagram sebagai medium untuk mempromosikan barangan jualan mereka.
Bagi mereka yang baru berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan online ini, pastinya anda kurang kemahiran untuk membezakan di antara pelanggan yang original dengan pelanggan yang tidak serius semasa berurusan dengan anda.
Di sini, kami senaraikan tiga jenis pelanggan yang mendominasikan dunia instashop pada zaman ini:
1. Serious buyer
Jenis ini susah nak dapat tapi sangat bagu. Mereka tengok harga terus PM atau Whatsapp minta nombor akaun dan jumlah harga tanpa minta sebarang diskaun sebab tahu harga murah yang diberikan itu sudah murah.
2. Cerewet dan takde duit
Jenis yang ini akan PM tanya harga (walaupun sudah tahu harga barangan) lepas tu tanya barang original ke tidak dan bila kata original, mereka ini akan tanpa segan silu meminta diskaun keras namun apabila diberi diskaun, haram pun tak beli.
3. Fake buyer
Pelanggan jenis ini semakin berlambak di instahop. Difahamkan, pelanggan jenis ini memang tidak berminat untuk membeli atau tidak mempunyai duit. Namun yang hairannya, pelanggan jenis ini paling aktif meninggalkan komen di laman-laman instahop sekarang.
Memetik luahan seorang penjual mengenai pelanggan-pelanggan jenis ini di instashop, penjual ini berkongsi pengalaman pahit dan manis beliau sepanjang beliau berkecimpung di dalam dunia perniagaan online ini.
7 tahun akak berniaga akak tau jenis-jenis customer ni yg bagus je kita layan balk yg sepah-sepah to kita buat tak kisah ja.
Yg akak boleh kata siapa nak share order sila bayar deposit RM1500 barang sampai angpa boleh mai bayar baki dan ambil barang atau yg jauh akak poskan selepas payment baki dibuat Akak tutup order jumaat ni sapa nak join order sila pm di personal inbox fb kak kalau angpa dok bust buduh dok komen “pm”..”pm”…angpa boleh duduk kat situ tengok ja.
Summit order jumaat barang sampai tengah bulan ni.
Kalau akak ni kaya ada modal besar akak tak jual Ia kat sini akak buka kedai kat shopping mall to agaknya kalau jual harga ni beratur org nak beli sebab tengok set original jual RM2999 pun org beli…
Selain daripada itu, beliau turut juga memuatnaik komen-komen yang beliau berikan sebagai ‘serangan’ balas terhadap pelanggan-pelanggan yang berkunjung di laman instashop beliau.
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri