Assalamualaikum, sudah lama 3-4 hari aku berfikir untuk menceritakan masalah aku ni disini atau tidak. Aku tahu natijahnya andai aku bercerita disini, seperti membuka pekung didada. Setelah berfikir, aku rasa aku berlapang dada andai apa pun yang pembaca komen. Aku terima dan aku amat berharap pendapat serta komen kalian buat aku rasa lebih lega dan jadikan panduan untuk aku bertindak.
Sepanjang aku berkenalan, bercinta, bertunang dan berkahwin, tidak pernah aku manjakan dia, kek hari lahir tak pernah aku beli, celebrate atau bagi hadiah, ulang tahun perkahwinan pun tak pernah. Biasanya dia yang tidak lupa beli hadiah untuk aku termasuk lah handphone, jam dan sebagainya.
Dia tidak pernah lupa walau hari bapa, akan ada hadiah untuk aku, aku pun tidak tahu kenapa aku berkahwin dengan dia, yes ada perasaan sayang, tapi tak mendalam, mungkin sebab diawal perkenalan dia agak top di tempat kerja, ramai yang nak try nasib tapi dia tidak layan, awal aku try pun dia tidak layan menjadikan aku tercabar, kami berkawan lama baru dia terima aku.
Ketika ini aku layan dia macam biasa. Istimewa sangat pun tidak. Sehingga saat pernikahan kami, duit hantaran pun aku tidak sediakan, barang hantaran semua bekas bini aku sediakan. Perkahwinan ini diteruskan dengan ikhtiar keluarga sebab family aku suka sangat dekat dia. Selesai majlis dia beri balik hantaran rm3k untuk kenduri sebelah aku, selebihnya bagi balik untuk duit yang dipinjam dari saudara, dia cuma ambil rm2k.
Hidup kami berjalan macam biasa, dia bekerja juga, bantu apa yang perlu, sehingga dia mengandung, aku rasa dia macam merimaskan, jadi aku asik balik lambat. Sentiasa sakit sana sini, nak makan itu ini, aku betol-betol rasa rimas. Sejak itu aku mula berjinak dengan weechat, berkenalan dan melayan otak nakal sebagai lelaki.
Bekas bini aku Cuma pandang dari jauh, dia tidak berani untuk tegur kerana tahu kalu dia berbuat demikian aku akan keluar lepak dan tinggal dia seorang diri dirumah. Sesungguhnya andai boleh diputar masa, aku tak akan layan dia sebegitu. Paling aku terkilan, apa yang dia mengidam aku tak pernah belikan, aku selalu keluar dengan ramai pompuan, rupanya senang saje semua perempuan ni diumpan, belanja makan, beri sedikit hadiah semua layu.
Aku rasa bahagia dengan hidup baru aku, dan aku pun sampai lupa dia dah mengandung berapa bulan. Apa yang aku tahu aku seronok begini, kalu aku kehabisan duit memang aku minta dengan bekas bini aku. Dia akan beri walau kad atm dia, sebab dia selalu cakap, bila jadi suami isteri susah senang kena bersama. Suatu hari aku berkenalan dengan seorang awek yang hot, manja dan seksi.
Aku betol-betol gilakan dia. Pandai ambil hati sehingga kami berada dalam dunia kami, lebih mabuk dari dadah barangkali. Balik rumah hanya sesekali, tukar baju dan ambil baju. Suatu hari aku terima panggilan yang bekas bini aku sudah sakit bersalin. Aku kena pergi, kalu semuanya sampai ke pengetahuan keluarga aku memang teruk aku kena. Jadi aku bergegas ke hospital. Sehingga segalanya selamat, dia berpantang di rumah emak aku, jadi hujung minggu aku sememangnya kena balik jenguk mereka.
Sehinggalah habis pantang. Ketika aku datang ambil dia di kampong, saat semua orang ada dia meminta cerai. Pada aku ketika itu bagus juga dia sudah buka mulut, jadi aku pun tanpa bercakap banyak menceraikan dia dengan talak satu. Keluarga aku, terutama emak menangis teresak-esak. Anak kami ditinggalkan dengan emak aku sementara dia dapat kerja baru katanya. Semua itu aku tidak ambil tahu.
Dalam proses naik mahkamah, aku baru teringat aku pernah beritahu salah seorng scandal aku yang aku dah bercerai. Masa tu budak pompuan ni tanya dah berkahwin ker, aku cakap dah, tapi dah bercerai, nak dijadikan cerita kami bercerai dengan talak dua. Awek baru aku pula, setiap kali hujung minggu aku melawat anak pun dia cemburu, katanya aku gilak talak.
Lama kelamaan perangai Ema (awek aku) pun sama jer dengan bekas bini aku, paling teruk dengan anak aku pun dia nak cemburu. Beli baju untuk baby pun masih nak cemburu. Paling aku tidak boleh sabar dia suka mendesak, kalu soalan yang ditanya, dia mendesak untuk dapat jawapan ketika itu juga, semuanya dia hendak tahu dengan detail.
Misalnya kenapa aku lambat, bila bagitau jam, dia akan tanya area mana jam, lepas tu up status dekat facebook betol ker area sekian-sekian jam, ada excident ker? Aku rasa macam hendak gila layan kerenah dia yang tidak matang. Ketika itulah aku sedar segala silap ku. Aku cuba pujuk dia, namun hati dia kembali keras ibarat batu.
Dia kata sudah banyak peluang dia bagi untuk aku berubah tapi aku yang tidak hargai. Sekarang apa aku perlu buat? Melalui Bahasa tubuh dia sememangnya mustahil untuk aku pujuk dia balik, tapi aku tahu kini hanya dia yang terbaik untuk aku. Korang rasa ada peluang lagi tak? Aku betol-betol menyesal sekarang.
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri