Saya Dapat Kerja Sebelum Graduate, Hampir Setiap Tahun Naik Gaji & Pangkat


Akhir-akhir ini, ada yang pm saya minta kongsi tips dan tricks bagaimana saya boleh mendapatkan full time job sebelum convo dan cepat naik pangkat. Beginilah, saya berkongsi pengalaman untuk adik-adik dan mereka-mereka yang masih menganggur untuk dijadikan sebagai rujukan dan tauladan. Apa yang menarik, contohilah. Yang tidak menarik itu, janganlah diikut nak buat juga.

Saya tidaklah pandai sampai dapat belajar di IPTA dengan biasiswa penuh, mungkin disebabkan saya bersekolah di sebuah Chinese Independent High School, jadi chance saya untuk memasuki IPTA dengan sijil UEC memang ‘zero’ la ye.

Disebabkan tidak boleh memasuki IPTA direct, parents daftarkan saya belajar di sebuah IPTS bersekala kecil, jarak dari rumah dengan menaiki bas awam hanyalah 15 minit. Sepanjang 3 tahun pengajian Diploma + Degree di situ. Saya terpaksa bekerja disebabkan kesempitan hidup. Al maklumlah ayah saya seorang pemandu teksi, manakala ibu saya guru Gred 29 di sebuah sekolah kebangsaan.

CARI PENDAPATAN SAMPINGAN

Saya ada bakat mengajar, cepat faham apa yang lecturer kata dan boleh jelaskan semula dengan contoh. Untuk mencara wang tambang bas, makan tengah hari, print assignment dan perbelanjaan yang lain, saya buat after-class study group untuk rakan-rakan sebatch dengan saya. Kawan-kawan setuju untuk bayar RM50 sebulan sebab saya akan explain semua tutorial question in detail dan ini memudahkan mereka buat assignment. Di waktu malam pula, saya buka kelas tuisyen untuk budak-budak UPSR, ajar matematik dan Bahasa Inggeris. Maka dapatlah sebulan RM600 lebih, cukup untuk kegunaan diri sendiri.

Maklumlah lecture-lecturer masing-masing sibuk dengan lectures dan assignment marking. Ada lecturer yang tahu saya cas kawan-kawan duit untuk buat kelas tambahan ini, tetapi mereka tidak kisah sebab percentage pelajar yang lulus exam selepas itu pun improve. Kiranya win-win situation.

KERJA PERTAMA DENGAN GAJI BAWAH RM2,000

Selesai Degree, Faculty Head tempat saya belajar approach saya dan tawarkan tawaran mengajar program Diploma di IPTS yang sama. Dengan keadaan keluarga yang agak susah pada masa itu, saya menerima sahaja tawaran itu walaupun gaji pertama yang ditawarkan memang sedikit, di bawah RM2,000 dan sah-sah dibawah gaji tahap fresh graduate.

Saya tidak kisah dan terima sahaja. Masa ini memang lawak, sebab lecturers saya sebelum ini tiba-tiba bertukar role menjadi rakan sekerja. Maka pada usia 22 tahun itu saya sudah bergelar lecturer walaupun underpaid. Lecturer tetap lecturerlah kan.

Saya jenis yang gigih dan tahan lasak. Biarpun disuruh buat itu ini, kena replace kelas lecturer yang tak datang, kena deliver lebih 20 jam lectures dalam seminggu, buat paperwork macam-macam, undertake events college yang tidak berkesudahan, saya iayakan semuanya dan anggap semua itu assignments untuk saya.

Berkat kesabaran, saya dinaikkan pangkat pada usia 23 tahun sebagai Programme Coordinator dan sekali lagi di usia 24 tahun sebagai Head of School. Biarlah orang kata saya ini Head of School untuk IPTS cikai-cikai sahaja tetapi pengalaman running a faculty for a college itu yang mengindahkan resume.

CUBA NASIB DI SYARIKAT LEBIH BESAR

Memang betullah apa yang orang cakap, small places are good training ground for successful managers. Selepas 3 tahun menimba pengalaman di IPTS kecil ini, saya nekad mencuba nasib di syarikat yang lebih besar dan mempunyai kedudukan yang prominent dalam arena pendidikan tinggi Malaysia. Berbekalkan resume yang padat dengan selling points (resume is our best marketing tool), dengan sekali interview, saya terus dapat kerja di IPTS / syarikat yang kedua ini.

Sekali lagi saya tidak memilih. Dari seorang Academician, saya beralih arah ke bidang Administration. Dari Head of School di IPTS lama, saya hanya bergelar Executive Gred 1 di tempat baru. Tetapi saya tidak kisah pun sebab ada peningkatan gaji sebanyak 20% berbanding di tempat lama.

Selepas 4 bulan bekerja, saya dinaikkan ke Gred 2 dan di tahun kedua, saya dinaikkan ke pangkat Senior Executive Gred 3. Tahun ketiga, seklai lagi saya dinaikkan ke pangkat Assistant Manager Gred 4. In summary, kenaikan gred berlaku setiap tahun, sedangkan kebanyakan pekerja lain berada di gred yang sama selama bertahun-tahun. Dari segi gaji pula, sekarang saya beroleh pendapatan 3 kali ganda dari gaji yang pertama.

Macam mana saya dapat naik gred dan pangkat dengan mudah? Sedangkan rakan sekerja melayu yang lain (40% populasi pekerja adalah melayu) dah awal-awal warning yang kenaikan pangkat di IPTS yang baru ini hanya di dominasi oleh kaum Cina. Haa, yang ini kena tanya apa yang boss-boss saya nampak pada diri saya.

Yang boleh saya kongsikan adalah seperti di bawah:

1. Build relationship with your superior. Kalau nampak mereka lunch seorang diri, offerlah diri untuk menjadi peneman di meja makan. Bukan nak mengampu ke apa, tetapi cubalah memahami boss sebagai seorang individu biasa juga. Berceritalah mengenai keluarga, hobi, resepi, tempat shopping yang best (kalau boss perempuan) dan sebagainya. Mesti boss korang akan appreciate kaw-kaw. Lama kelamaan akan menjadi senang saja nak berbual dengan boss. Rapatkan jurang itu penting. InshaAllah lama kelamaan jurang position korang dengan dia pun akan rapat juga.

2. Cuba selesaikan masalah company walaupun boss tak minta korang settlekan problem pun. Okay, trick yang ini susah sikit kalau korang tak ada pengalaman bekerja. Bagi saya, pengalaman tiga tahun bekerja di syarikat kecil sebelum ini banyak membantu. Maklumlah saya tapau semua kerja di situ, dari HR, Finance, Admin sampai ke maintenance pun saya boleh buat. Jaadi, training ground itu penting. Jangan baru graduate dah mengada-ngada nak kerja dengan syarikat besar-besar. Biasanya di tempat besar-besar ini mereka tak bagi peluang untuk buat silap. Apatah lagi nak trial and eeror dengan idea-idea korang yang belum ada pengalaman kerja. Macam mana pula nak berkongsi idea dengan boss? Di sinilah pentingnya tips di atas itu. Kena build relationship dengan bos dulu.

3. Jangan malas dan kedekut untuk melabur dalam pendidikan dan self-upgrading. Tahun kedua saya bekerja, saya sambung belajar master secara part time selama 5 tahun. Boleh saja sebenarnya nak menyelesaikan semuanya dalam 3 tahun. Tetapi apakan daya kena ambil subjek sikit-sikit sebab saya bayar yuran guna Akaun 2 EPF. Baru kerja kan, jadi Akaun 2 pun ngam-ngam sangat. Saya rasa dengan qualification Master inilah syarikat yakin untuk menaikkan pangkat saya lagi. Cabaran kerja sambil belajar ini memang benar-benar menguji ketabahan. Ramai juga classmate kelas MBA yang berhenti di tengah jalan. Jadi kena stay strong dan focused. Sambung belajar sementara masih muda dan bujang, sangat membantu.

4. Work smart. Kalau nak diikutkan, saya suka ambil jalan shortcut kalau bekerja. As long as outcome betul, saya akan sentiasa mencari jalan singkat untuk membolehkan kerja lebih cepat siap, tetapi tetap accurate. Ini sebenarnya kelebihan orang malas (memang saya malas tahap gaban sebenarnya). Mereka akan lebih fokus sebab tak nak buat kerja berulang-ulang. Kalau boleh semua benda nak cipta template dan dijadikan automated. Biar senang hidup selepas ini. Dari fail manual guna tracking MS Excel, saya pindahkan data company ke platform lain yang lebih automated dan user-friendly. Di sinilah pentingnya self-upgrading di atas itu. In the same time kita tolong settlekan masalah syarikat.

5. Sentiasa letak diri kita lebih tinggi dari kedudukan sekarang. Kalau pangkat korang Junior Executive, cubalah fahami kerja dan requirement seorang Senior Executive. Apa yang kurang dalam diri, cubalah perbaiki sampailah setanding dan sesuai untuk boss tuai korang dan dinaikkan ke pangkat Senior Executive.

Memang benar kita dibayar gaji untuk bekerja tetapi jangan letak amaun gaji itu sebagai tanda pengukur usaha kita. Kalau kita dibayar RM2,000, bekerjalah seperti kita dibayar RM3,000. InshaAllah boss kita akan upkan gaji setanding dengan usaha kita yang lebih itu. Bagi saya, ini trick yang paling penting sebab point inilah pencetus usaha. Nescaya bos korang akan rasa bersalah sendiri kalau tak naikkan jawatan korang.

Okaylah itu saja yang saya nak kongsi. Doakan saya lebih maju jaya. Awal tahun ini boss ada tanya saya, “How high do you wanna go in this company?”

Dengan pantas saya jawab, “As high as you will let me be,”.

Ingat, kita berusaha, tetapi Allah yang menentukan dengan asbab boss kita juga yang naikkan gaji dan pangkat. Sekian.

Sumber: Akak Sporting

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri