Gerak Tari Budak Ini Di Stadium Jadi Viral Di Internet


Seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Peyton “Peanut” Henderson telah jadi sensasi di media sosial selepas beliau pulang daripada menyaksikan perlawanan bola keranjang Kentucky High School Boys di sebuah stadium.

Bukan sekadar menonton perlawanan bola keranjang, telatah beliau telah menarik minat penonton yang lain apabila beliau menari dengan gaya tersendiri ditemani lagu Pharrell Williams “Happy” yang dimainkan dalam stadium.

Ibu saudara Henderson, Angie Holleran, memuat naik video itu ke Youtube dan menulis “beliau menari dengan personaliti biasanya.”

“Beliau tidak boleh duduk diam apabila muzik dimainkan,” Holleran menulis dalam satu post.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri