Kenapa Tiba-Tiba Keluar Isu Auntie Anne's Tidak Halal?

! UPDATE DARI JAKIM


PENAFIAN VIRAL PRODUK AUNTIE ANNE'S TIDAK HALAL
18 OKTOBER 2016 M
17 MUHARAM 1438 H

Untuk makluman pengguna, sehingga ke hari ini, belum ada lagi outlet Auntie Anne's yang mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Pihak syarikat pernah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia sebelum ini namun ianya tidak dapat diproses atas beberapa isu teknikal seperti dokumen sokongan bahan ramuan.
Namun selepas beberapa penambahbaikan dilakukan, kini status produk makanan Auntie Anne's adalah dalam proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan telah memasuki fasa proses audit halal bagi Central Kitchen (Dapur Berpusat).
Oleh itu, perlu ditegaskan di sini bahawa dakwaan kononnya JAKIM mengesahkan produk makanan Auntie Anne's TIDAK HALAL adalah tidak benar sama sekali.
Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi makanan.
Jakim amat menyanjung tinggi usaha dan komitmen pihak Industri dalam menyediakan makanan sihat, produk yang bersih serta persekitaran yang kondusif kepada pengguna.
Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan agar sentiasa konsisten dengan pemilihan makanan yang halal lagi baik demi mengekalkan ekosistem halal yang mapan.
Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenan premis makanan yg mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, pengguna boleh melayari direktori halal di www.halal.gov.my
Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

📧pr_halal.islam@1govuc.gov.my 

03-8892 5000/1


____________________________________________________________________________


[Isu Status Halal Auntie Anne’s]

Saya bekerja sebagai QA Executive merangkap Halal Executive di Auntie Anne's Malaysia. Saya merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Teknologi Kimia (Makanan) dan adalah seorang ‘certified’ Halal Executive dibawah badan Halal Development Corporation (HDC). Penyataan ini bukanlah untuk meninggi diri, tetapi bertujuan untuk mempertahankan kreadibiliti saya bagi menjawab isu status halal di tempat saya bekerja. 

"Permohonan halal Auntie Anne's (HALAL-20160627) ditolak JAKIM"

Ya betul, permohonan kami telah ditolak atas beberapa isu. Isu-isunya adalah seperti berikut:-

1) JAKIM meminta kami untuk memohon sijil halal bagi Central Kitchen (CK) dahulu dimana proses re-packing dilakukan sebelum meneruskan permohonan bagi outlet. 

2) Saya telah memohon sijil halal bagi kesemua 45 outlet Auntie Anne’s dibawah satu permohonan. JAKIM telah menolak permohonan dan meminta saya untuk mengasingkan permohonan mengikut zon untuk memudahkan proses audit. Situasi ini juga pernah berlaku kepada jenama Sushi King. Pada mulanya, hanya beberapa outlet sahaja yang disahkan halal kerana proses ini dijalankan secara berperingkat dan mengikut zon walaupun semua produknya adalah daripada CK yang sama. 

3) Nama menu ‘Pretzel Dog’ haruslah ditukar kepada nama yang lebih sesuai. Saya telah mencadangkan beberapa nama baru dan masih menunggu keputusan mesyuarat panel dari pihak JAKIM. Setelah kami mendapat keputusannya, kami harus menukar kesemua menuboard sebelum proceed kepada permohonan baru. 

Untuk pengetahuan semua, saya telah menghantar permohonan bagi CK. Kami telah melepasi peringkat pertama dan sudah pun menjelaskan bayaran dan sedang menunggu proses audit dari JAKIM. Saya sertakan surat dan resit bayaran dalam post ini.

Ingin saya tegaskan, Auntie Anne’s BUKAN pemegang sijil halal JAKIM tetapi kami sedang BERUSAHA kearah itu. JAKIM mempunyai standard yang sangat tinggi yang harus diikuti oleh semua pemegang sijil halal JAKIM. Pihak JAKIM bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan, tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan. Saya juga seorang Muslim dan ini adalah salah satu tanggungjawab fardhu kifayah saya untuk umat Islam. Doakan saya berjaya :)

Bagi yang was-was tapi mahu juga mencuba pretzel Auntie Anne’s, saya cadangkan anda menunggu sehingga kami disahkan halal terlebih dahulu kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya. Jika Auntie Anne’s sudah disahkan halal oleh JAKIM, saya cadangkan anda beli Éclair Stix dan Jalapeno Cheese, kerana kedua-duanya favourite saya :)

Ikhlas,

Anak dara Makcik Anne

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri