6 Doktor Kacak Di Malaysia Yang Membuatkan Anda Nak Pergi Check Up Hari-Hari Di Hospital

Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’. Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.

1. Dr Say Shazril



Beliau kini berkhidmat di hospital Terengganu dan pernah satu ketika dahulu menjadi perbualan hangat gara-gara undangan beliau di salah sebuah stesen radio swasta. Dengan wajah yang tampan dan susuk tubuh yang sasa beliau seringkali menghiasi majalah-majalah dan akhbar dalam dunia modelling. Tapi sayang sekali buat gadis-gadis di luar sana kerana beliau telahpun berumah tangga dengan Dr Azura Abas.

2. Dr Sheikh Muszaphar Shukor



Siapa yang tidak kenal pada angkasawan pertama Malaysia ni. Beliau merupakan pakar ortopedik dan pernah bergiat aktif dalam bidang modelling. Telah berumah tangga dengan Dr Harlina dan dikurniakan 2 cahaya mata.


3. Dr Che Hafiz



Dr che hafiz yang berasal dari Kelantan ini dulu merupakan model sambilan dan kini merupakan tunang kepada penyanyi Lufya Omar. Mesti cair para gadis-gadis di luar sana melihat senyuman manis beliau.


4. Dr Al-Afiq



Dikenali dengan nama afiqvolaris di laman instagram, beliau kini bertugas di hospital Sungai Buloh. Beliau juga aktif dalam bidang modelling pengiklanan di televisyen dan merupakan abang sado yang aktif ke gym. Pasti berdebar-debar hati gadis di luar sana nak pergi checkup.

5. Dr Afiq Anuar



Dr Afiq Anuar yang berasal dari Kedah ini mampu membuatkan anda cair dengan wajah tampan dan senyuman manis beliau. Beliau sangat aktif di lama twitter dan instagram. Beliau juga merupakan model sambilan untuk iklan di televisyen

6. Dr Syed Ahmad Murthada



Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym. Jangan cakap doktor tak da life ye.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri