Artikel ini adalah hasil perkongsian Muhammad Farhan
Saya adalah seorang OKU
Saya sebagai bekas doktor dan kini pemilik kedai aksesori telefon DR.fone amat kesal dengan mentaliti masyarakat malaysia yang masih mempunyai stigma terhadap orang kurang upaya(OKU) kerana saya sendiri adalah OKU(mental) iaitu Bipolar Type 2(Bukan gila). Sebenarnya sebab utama saya berhenti dari menjadi doktor adalah kerana stigma yang terlalu kuat terhadap orang OKU walaupun dikalangan profesional dalam kes saya dikalangan doktor sendiri. Saya telah di diagnosis mengidap penyakit ini semasa saya berkhidmat sebagai doktor pelatih di sebuah hospital kerajaan di Temerloh akibat kekurangan tidur dalam tempoh yang lama(sleep deprivation). Ini menyebabkan saya selalu mengalami kemurungan yang teruk(major depression) tanpa sebab. Selepas saya disahkan mengidap penyakit tersebut,serta merta lesen saya ditarik oleh MMC(malaysia medical council) atas alasan tidak selamat untuk mengamal walaupun tanpa bukti yang kukuh yang saya ini membahayakan nyawa pesakit. Sepanjang saya berkerja,saya tidak pernah ada masalah disiplin,ponteng kerja atau mempunyai masalah dengan pihak atasan atau dengan pesakit walaupun saya sedang mengidap penyakit yang hanya Allah tahu betapa teruknya hendap meneruskan kehidupan seperti orang normal. Setiap hari saya mengalami kemurungan yang sangat teruk tanpa sebab sehingga beberapa kali hendak cubaan bunuh diri,tetapi kerana iman alhamdulillah saya masih hidup sehingga kini.
Bermula dari sini kisah hitam saya bermula. Ramai staff memandang rendah terhadap saya. saya kehilangan kawan dan kekasih saya meninggalkan saya tanpa ada berita. Saya keseorangan tanpa bantuan sesiapa. Pihak hospital juga sentiasa mencari salah dan menekan saya dengan pelbagai cara supaya saya berhenti kerja kerana merasakan saya adalah beban bagi mereka. Dari sini saya perlahan2 menjinakkan diri dengan berniaga dari kecil walaupun pihak hospital menghalang dengan pelbagai cara seperti memotong elaun,saya tetap kuatkan semangat disamping cuba melawan penyakit yang saya alami dan alhamdulillah berjaya membuka satu kedai yang dinamakan DR.fone tanpa bantuan orang perseorangan atau kerajaan. Semua modal permulaan dari hasil jualan semasa berniaga kecil-kecilan dan juga keluarga.
Dunia ini memang tidak adil lagi2 untuk kami OKU. Kerana ramai kawan2 sekerja saya ponteng kerja,bergaduh dengan pihak atasan,tersilap pindah darah sehingga menyebabkan kematian,tetapi mereka hanya didenda dan boleh berkhidmat seperti biasa tanpa sebarang masalah. Saya OKU terus ditarik lesen dan tidak dibenarkan langsung untuk mengamal walapun tidak melakukan apa2 kesalahan besar atas alasan tidak selamat kerana mempunyai penyakit bipolar
Sehingga sekarang saya terpaksa menyembunyikan status OKU saya supaya saya tidak dicemuh dan dipandang rendah lagi2 saya punya penyakit adalah mental atau orang melayu panggil gila walaupun realitinya bukan seperti bahasa yang digunakan. Sehingga sekarang apabila saya berkenalan dengan wanita,bila saya memberitahu saya seorang OKU,mesti dan pasti akan ditinggalkan tanpa sebarang berita.Memang sedih tetapi ini adalah realiti sampai sekarang
Jadi nasihat saya kepada belia2 diluar sana yang sentiasa mengeluh kerja penat,gaji kecil,tiada kerja,anda patut bersyukur kerana anda masih normal,kami OKU lebih teruk dugaan dari anda semua tetapi kami tidak mengeluh dan tidak pernah berputus asa untuk berjuang di dunia yang penuh cabaran ini
Sekian,sekadar ingin berkongsi pengalaman
DR. Muhammad Farhan(MD,UPM)
Pemilik kedai aksesori DR.fone
Fakta
Majoriti pakar2 dan ilmuan terkenal dunia mempunyai penyakit mental seperti albert einstein(asperger syndrome) dan banyak lagi
HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri