Jus Mudah Untuk Hilangkan Dengkur Semasa Tidur


Mungkin ramai yang mengalami masalah berdengkur semasa tidur kan. Itu perkara biasa dalam hidup. Tapi korang kena tahu, tabiat itu telah menganggu pasangan, atau teman tidur korang tau.

Bukan itu sahaja, berdengkur juga akan membuatkan korang susah untuk tidur dengan nyenyak dan tidak baik untuk kesihatan. Sebab? Oksigen ke otak sempat terhenti beberapa saat ketika korang sedang berdengkur. Jadi, untuk hilangkan tabiat berdengkur, ada jalan penyelesaiannya. Yang penting korang kena rajin sediakan dan ikut satu persatu resepi jus dekat bawah ni:

Bahan utama:


  • 1/4 hirisan lemon
  • 1 ruas jahe merah
  • 2 buah epal
  • 2 buah lobak merah saiz sedang
  • Air matang 150 ml

Cara membuat ramuan untuk menghilangkan masalah berdengkur:


  1. Blend semua bahan utama sehingga menjadi jus.
  2. Minum jus ini sebelum tidur
  3. Lakukan rutin 3x seminggu, nescaya tabiat berdengkur akan beransur hilang

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri