Rupanya Cara Kita Guna Sticky Note Ni Salah Selama Ini!


Memang betul lah orang cakap, setiap hari mesti belajar satu benda baru. Baru-baru ni admin terjumpa satu benda yang menarik.

Dalam dunia ni, dari kecil sampai ke besar mesti pakai benda pelekat Sticky Note ni kan? Biasa lah, bila nak buat nota kecilan tambahan, biasanya tampal je benda ni pastu tulis-tulis sikit. Tak kira lah dari budak 10 tahun baru nak belajar hingga ke CEO syarikat pun mesti pakai benda ni.

Tapi mesti selalu pening sebab bila tampal, dia menggelebeh lepas tu tak melekat elok2. Biasanya, kalau kita tarik dari bahagian luar, dia akan bergulung, lepas tu bila tampal mesti senang tercabut.

Cara yang betul sebenarnya ialah untuk tarik dari bahagian sisi, barulah kertas tu akan jadi lurus dan bila tampal dia melekat elok.


Jadi lah camni!

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri